Victim Mind Harassment Control In Malaysia

Selain daripada meninggalkan kisah mangsa (Mind Harassment Control In malaysia) ini di blogger saya, tiada lagi mana-mana pihak kerajaan dan pihak persendirian(NGO) sudi memberikan bantuan kepada mangsa. suara,perasaan dan tekanan mangsa hanya boleh diluaskan dlm blogger ini supaya mampu menenangkan hati dan fikiran mangsa. Berharap mampu membantu mengurangkan Mangsa mind Harassment Control , dan memberitahu kpd orang awam cara utk mengesan dan mengelakkan orang sekeliling terus dijadikan mangsa.

Tuesday 10 December 2013

Kenapa Mangsa Asyik Buat Laporan Polis Dan Meminta Pihak2 Tertentu Menjalankan Kerja Siasatan

Perkongsian Dari Mangsa Mind Hrassment Control Di Malaysia
Kes mangsa Mind Harassment control dah lama berlaku di malaysia, tetapi pihak2 tertentu langsung tidak menjalankan siasatan lanjut tentang kes ini. walaupun kes jenis mind harassment control ini berlaku sejak 4 tahun lepas, dalam beberapa negeri mempunyai laporan polis dari mangsa yg berbeza dan setiap laporan polis mangsa hampir 80peratus sama dengan yg lain!

Hampir tiap-tiap bulan pasti akan  telefon ke PDRM Bukit Aman bertanya tentang proses kerja siasatan dah dijalankan atau belum ? tetapi mereka asyik menolakkan kerja siasatan ini ke bahagian2 yg tidak berkenaan !
Pelik kenapa tidak menjalankan tanggungjawab sendiri dan memulakan kerja siasatan dahulu ! selepas siasatan lanjut, barulah mampu membuktikan kes peralatan canggih ini berwujud ke tidak.

Jika mengikut siasatan dari mangsa malaysia, Peralatan canggih ini mempunyai pancaran atau tembakkan Sinaran gelombang otak yg tinggi dan mampu menjejaskan kesihatan mangsa dengan mengancam nyawa mangsa. kebanyakakan mangsa buat aduan /laporan polis disebabkan seperti kesihatan mangsa terjejas, nyawa mangsa terancam, nama baik mangsa sengaja diburukkan, gangguan 24jam sehari dari  kumpulan penganas ( mind harassment control) ini, mewujudkan halusinasi kpd orang awam supaya dapat menuduh,memfitnah dan berbagai hinaan palsu wujud dan berjaya menyerang mangsa.

Disebabkan sinaran gelombang yg tinggi ini 24jam sehari disinarkan ke otak mangsa, ia telah menyebabkan otak mangsa berasa tertekan dgn tekanan sinaran gelombang dan menganggu hidup harian dan prestasi kerja mangsa. jika disinarkan gelombang otak ini dlm jangka masa yg panjang, ia mampu menjejaskan sel otak dan menyakitkan otak dan badan mangsa.

Inilah kenapa mangsa ingin membuat laporan polis dan meminta pihak2 tertentu menjalankan kerja siatan lanjut.

No comments:

Post a Comment