Victim Mind Harassment Control In Malaysia

Selain daripada meninggalkan kisah mangsa (Mind Harassment Control In malaysia) ini di blogger saya, tiada lagi mana-mana pihak kerajaan dan pihak persendirian(NGO) sudi memberikan bantuan kepada mangsa. suara,perasaan dan tekanan mangsa hanya boleh diluaskan dlm blogger ini supaya mampu menenangkan hati dan fikiran mangsa. Berharap mampu membantu mengurangkan Mangsa mind Harassment Control , dan memberitahu kpd orang awam cara utk mengesan, menghadapi dan mengelakkan orang sekeliling terus dijadikan mangsa.

Sunday, 26 April 2015

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Menggunakan Pendekatan Brainwash

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan pendekatan brainwash terhadap 70 tahanan militan Negara Islam (IS) rakyat tempatan dalam program pemulihan semula yang sedang dilaksanakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, program itu akan lebih sistematik sekiranya Akta Anti Keganasan diluluskan.


Laporan berita ini dirujukan dari laman web seperti dibawah:

http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/pdrm-guna-pendekatan-brainwash-ke-atas-tahanan-rakyat-tempatan-56088#.VTzgGioIr3M.facebook


KHALID: Program 'brainwash' akan lebih sistematik sekiranya akta anti-keganasan diluluskan.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan pendekatan brainwash terhadap 70 tahanan militan Negara Islam (IS) rakyat tempatan dalam program pemulihan semula yang sedang dilaksanakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, program itu akan lebih sistematik sekiranya Akta Anti Keganasan diluluskan.

Program itu dijalankan ke atas tahanan bagi memulihkan ideologi mereka yang dipercayai sangat tidak berperikemanusiaan.

PDRM menggunakan pendekatan itu berdasarkan pengalaman mereka mengendalikan tahanan Komunis sebelum ini.

Jelasnya, program pemulihan itu penting supaya mereka tidak menjadi ancaman kepada negara sekiranya dibebaskan kelak.

“Lebih daripada 70 orang telah ditahan setakat ini dan program ini telahpun kita laksanakan. Namun, ia dapat dijalankan lebih sistematik selepas undang-undang anti-keganasan ini diluluskan,” ujar beliau.

Khalid juga memberitahu, PDRM mempunyai pengalaman memulihkan ideologi anggota-anggota Komunis yang pernah ditahan suatu masa dahulu.

“Pendekatan yang sama kita gunakan terhadap tahanan-tahanan IS ini. Mereka yang telah pergi menyertai IS dan diberi pendedahan yang teruk ini perlu pulihkan pemikirannya supaya apabila bebas nanti mereka tidak menjadi ancaman kepada rakyat negara kita,” ujar Khalid.

Beliau mengulas demikian selepas rakaman dan temu bual bersama media untuk sambutan Hari Polis Ke-208 di Bukit Aman siang tadi.

Sementara itu, beliau memberi amaran keras kepada penganjur protes ‘Duduk Bantah, #KitaLawan, Pecat IGP’ yang akan diadakan esok dan 28 Mac ini supaya tidak berhimpun.

Tegas beliau, polis akan mengenakan tindakan terhadap mereka yang cuba menghasut orang ramai sehingga menimbulkan kekecohan dan mengganggu ketenteraman negara.











No comments:

Post a Comment